Pages

Subscribe

Sunday, December 19, 2010


Daripada Abdul Rahman Bin Samurah r.a. berkata, Nabi Muhammad S.A.W. Bersabda : Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi yang menakjubkan pada malam kelmarin….
     
  1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah didatangi malaikatul maut untuk mengambil nyawanya, maka malaikat itu terhalang disebabkan KETAATANYA KEPADA KEDUA IBU BAPANYA.

  2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur, maka ia telah diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA.

  3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan, maka ia telah diselamatkan oleh berkat ZIKIRNYA kepada Allah.

  4. Aku melihat bagaimana umatku diseret oleh malaikatul azab, tetapi SOLATNYA telah melepaskannya dari seksaan Itu.

  5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga dihalang dari meminumnya, ketika itu datanglah Pahala PUASANYA memberi minum sehingga ia merasa puas.

  6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan Para Nabi yang sedang duduk berkumpul-kumpul, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUBNYA sambil memimpinnya ke kumpulanku lalu duduk di SebelahKu.

  7. Aku melihat seorang daripada umatku berada di dalam keadaan gelap gelita, di hadapannya gelap, di belakangnya gelap, di bawahnya gelap sedangkan dia sendiri dalam keadaan  bingung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang benderang.

  8. Aku melihat umatku berbicara dengan golongan mukmin tetapi mereka tidakpun membalas bicaranya, maka menjelmalah SILATURRAHIMNYA lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya, lalu berbicaralah mereka dengannya.

  9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya, maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA lalu menaburi muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.

  10. Aku melihat umatku sedang diseret oleh malaikatul Zabaniah ke merata tempat, maka datanglah Pahala AMAR MA’RUF NAHI MUNGKARNYA seraya menyelamatkan dia dari cengkaman tersebut dan diserahkan kepada malaikat Rahmat.

  11. Aku melihat juga umatku sedang merangkak-rangkak, di antaranya dengan Tuhan Dipasangkan hijab, maka menjelmalah BUDI DAN AKHLAKNYA memimpinnnya sehingga terbuka hijab tersebut dan masuklah dia bertemu dengan Tuhannya.

  12. Aku melihat umatku didatangi buku catatan daripada sebelah kiri, tiba-tiba datanglah pahala TAKUTNYA KEPADA ALLAH lalu menukarnya ke sebelah tangan kanan.

  13. Aku melihat seorang umatku terangkat timbangannya, maka menjelmalah ANAK-ANAK YANG MATI KECIL lalu menekan timbangannya hingga menjadi berat.

  14. Aku melihat umatku sedang berada di tepi neraka Jahannam, tiba-tiba muncullah PERASAAN GERUNNYA TERHADAP SEKSAAN ALLAH, lalu menyelamatkannya.

  15. Aku melihat umatku terjerumus ke dalam lembah neraka, lalu datanglah AIR MATANYA YANG PERNAH MENGALIR KERANA TAKUT KEPADA ALLAH, lalu menyelamatkannya.

  16. Aku juga melihat umatku  sedang meniti titian sirat dalam keadaan tubuhnya terketar-ketar seperti bergoncangan dedaun yang ditiup angin, maka datanglah pahala BERBAIK SANGKA DENGAN ALLAH lalu mententeramkannya melalui titian tersebut sehingga ke penghujungnya.

  17. Aku melihat umatku sedang meniti titian sirat dalam keadaan merangkak dan meniarap lalu datanglah SOLATNYA merayu kepadaku dan akupun memimpin tangannya dan mengajaknya berdiri serta berjalan hingga ke hujungnya.

  18. Aku melihat umatku sudah hampir tiba di syurga tetapi tiba-tiba pintu syurga tertutup, di waktu itu muncullah PENYAKSIANNYA BAHAWA TIADA TUHAN YANG BERHAK DISEMBAH MELAINKAN ALLAH membukakan kembali pintu itu dan dia pun memasukinya.

  19. Aku melihat ramai orang yang sedang menggunting lidah mereka, aku bertanya kepada Jibril Siapa mereka..? Jawab Jibril itulah orang-orang yang suka membawa mulut ke sana sini. Aku juga melihat orang yang digantung lidah mereka . Aku bertanya kepada Jibril Siapa Pula mereka..? Jawab Jibril itulah pembalasan orang yang suka menabur fitnah kepada orang-orang yang beriman tanpa bukti.


Semoga dijadikan pedoman untuk diamalkan dan disampaikan….

0 comments:

Post a Comment

~`Hakikat Bahagia~~